Friday, 25 November 2011


SOALAN PSV 2611/2 TAHUN 2011


Jawab satu soalan sahaja

1. Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang berterbangan di halaman rumah.
Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan ruang.

2. Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam.
Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.

3. Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang diletakkan di satu sudut ruang rumah.
Lukiskan aksi anak-anak kucing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk jalinan dan ruang.

4. Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai.
Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang jalinan dan pergerakan air.

5. Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji pahat dan beberapa batang kayu terletak di atas sebuah kotak kayu yang telah usang. kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah terpakai di tepi kotak tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada bentuk,jalinan dan ruang.

6. Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana yang indah.
Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna, jalinan dan ruang.

Pandangan saya....

Soalan 1 memerlukan anda melukis lebih daripada 2 figura. bagi yang tidak mahir melukis figura dalah dinasihatkan untuk mengelakkan daripada menyusahkan diri anda memandangkan masa agak terhad bagi anda berlatih melukis figura. Walaubagaimana pun anda boleh cuba menggoogle gambar-ganbar berkaitan sebagai panduan.

Berikut beberapa gambar/karya yang digoogle dan boleh dijadikan panduan untuk soalan 1

Soalan1


Soalan 1

Soalan 1

Soalan 1: Perhatikan kadar banding figura kanak-kanak

Soalan 1: Memerlukan lukisan figura kanak-kanak dan wajah comel mereka yang sedang meniup buih sabun.


Soalan 2 (kumpulan muzik daripada buah-buahan) dan 6 (serangga bermain guli di istana indah) memerlukan imaginasi yang tinggi. Anda boleh google contoh-contoh gambar yang bersesuaian dan dengan menggunakan contoh-contoh tersebut anda bolehlah melakar dan membentuk idea mengikut idea dan keativiti anda tersendiri.

Soalan yang agak direct dan mudah mencari bahan ialah soalan 3 (anak-anak kucing berebut untuk minum susu) dan sungai yang disekat oleh beberapa batang pokok yang tumbang)

soalan 3
Penekanan kepada jalinan hendaklah jelas dan detail. Aksi perebutan anak-anak kucing juga harus diberi penekanan agar menepati kehendak soalan